Setujukah diadakan forum atau wacana ilmiah,panelnya adalah pimpinan mahasiswa/i?

Showing posts with label Aktiviti Isu semasa. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Isu semasa. Show all posts

Friday, January 14, 2011

Duit Tabung Surau Pun Dicuri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Innalillahi wainna ilahi raji'un.Dua hari lepas tabung derma di surau Taman Semarak telah dikopek dan dicuri.Kejadian ini mengejutkan warga Semarak.

Manusia akhir zaman ini sudah tidak takutkan Allah.Kita doakanlah keselamatan kita semua daripada akhlak yang buruk dan bencana akhir zaman.

Carilah rezeki yang halal..

Friday, September 24, 2010

Solat Hajat

23 September 2010

Satu solat hajat ringkas telah diadakan di Surau Ibn Khaldun,Semarak.Solat hajat ini untuk memohon keselamatan dan kesejahteraan khusus kepada komuniti dan masyarakat di Taman Semarak.

Dalam cuti hari raya baru-baru ini,terdapat beberapa buah rumah mahasiswa UniMAP di Taman Semarak telah dimasuki dan diceroboh.Terdapat juga beberapa barang yang hilang.

Penduduk juga telah dimaklumkan,sebuah motosikal seorang mahasiswa hampir dicuri.Namun perkara itu tidak sempat berlaku.

Kita juga melihat isu keselamatan di peringkat nasional amat membimbangkan.Kes yang berlaku kepada seorang jutawan dan 3 orang yang bersama dengannya itu amat menggerunkan kita semua.

Sebagai muslim yang berimna kepada Allah,maka kita memohon kepada Allah supaya kita terhindar daripada bahaya dunia akhir zaman yang penuh dengan pelbagai jenayah dan kacau bilau.

Semoga seluruh penduduk dan mahasiswa yang berada di Taman Semarak ini dilindungi Allah.

Ameen.