Setujukah diadakan forum atau wacana ilmiah,panelnya adalah pimpinan mahasiswa/i?

Wednesday, September 29, 2010

Tahlil dan Bacaan Yasin

26 September

Satu majlis bacaan Yasin dan tahlil telah diadakan di rumah Encik Rosdi yang terletak di belekang Surau Ibn Khaldun.

Majlis dihadiri lebih dari 30 orang jemaah surau.Majlis telah diketuai oleh Ustaz Asri dan doa dibacakan oleh saudara Akrami,mahasiswa UniMAP.

Moga majlis agama sebegini terus hidup subur di Taman Semarak.

Ustaz Asri




Tuesday, September 28, 2010

Al-Fatihah

28 September


Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham saudara Azuan,mahasiswa tahun akhir UniMAP yang meninggal dunia.Arwah merupakan mahasiswa tahun akhir Kejuruteraan Polimer.

Setiap yang bernyawa akan merasai KEMATIAN.

Apa yang penting adalah persediaan kita menghadapi kematian nanti.

Moga Allah rahmati arwah dan kita semua.

Friday, September 24, 2010

Solat Hajat

23 September 2010

Satu solat hajat ringkas telah diadakan di Surau Ibn Khaldun,Semarak.Solat hajat ini untuk memohon keselamatan dan kesejahteraan khusus kepada komuniti dan masyarakat di Taman Semarak.

Dalam cuti hari raya baru-baru ini,terdapat beberapa buah rumah mahasiswa UniMAP di Taman Semarak telah dimasuki dan diceroboh.Terdapat juga beberapa barang yang hilang.

Penduduk juga telah dimaklumkan,sebuah motosikal seorang mahasiswa hampir dicuri.Namun perkara itu tidak sempat berlaku.

Kita juga melihat isu keselamatan di peringkat nasional amat membimbangkan.Kes yang berlaku kepada seorang jutawan dan 3 orang yang bersama dengannya itu amat menggerunkan kita semua.

Sebagai muslim yang berimna kepada Allah,maka kita memohon kepada Allah supaya kita terhindar daripada bahaya dunia akhir zaman yang penuh dengan pelbagai jenayah dan kacau bilau.

Semoga seluruh penduduk dan mahasiswa yang berada di Taman Semarak ini dilindungi Allah.

Ameen.

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.

Selamat datang ke laman blog rasmi Komuniti Taman Semarak Kuala Perlis.

Segala maklumat dan laporan perkembangan program dan suasana semasa di Taman Semarak Kuala Perlis akan diberitakan di sini.

Terima kasih.