Setujukah diadakan forum atau wacana ilmiah,panelnya adalah pimpinan mahasiswa/i?

Tuesday, January 18, 2011

Kuliah Maghrib oleh Ustaz Husam Badaruddin

Alhamdulillah,pada 17 Januari,hari Isnin lalu satu kuliah maghrib khas yang disampaikan oleh Ustaz Husam Badaruddin.Beliau merupakan anak kepada Dato' Badaruddin,Mufti Kerajaan Negeri Kedah.

Lebih 100 orang jemaah yang hadir pada malam itu termasuk mahasiswa mahasiswi UniMAP dan masyarakat sekitar.

Antara pesanan pada malam itu ialah dipetik dari kitab Tanbihul Ghafilin ,8 perkara yang perlu diamalkan sebagai persediaan menghadapi kematian dan alam kubur.

3 perkara yang sempat dihuraikan ialah:

1. Jaga solat
2. Baca Al-Quran
3. banyakkan bersedekah

sama-sama meriahkan majlis ilmu

Saturday, January 15, 2011

Kuliah Maghrib oleh Syeikh Fauzi Tahir

Kuliah Maghrib pada malam ini telah disampaikan oleh Syeikh Fauzi Tahir dari Kolej Insaniah,Kedah.

Alhamdulillah,kehadiran jemaah pada sangat ramai,melebihi 100 orang.Sama-sama semarakkan majlis ilmu.


Friday, January 14, 2011

Duit Tabung Surau Pun Dicuri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Innalillahi wainna ilahi raji'un.Dua hari lepas tabung derma di surau Taman Semarak telah dikopek dan dicuri.Kejadian ini mengejutkan warga Semarak.

Manusia akhir zaman ini sudah tidak takutkan Allah.Kita doakanlah keselamatan kita semua daripada akhlak yang buruk dan bencana akhir zaman.

Carilah rezeki yang halal..